seronok membaca buku penulisan Dr. Muhd kamil Ibrahim..
suatu coretan santai tetapi sangat berisi dan bermakna..catatan berdasarkan pengalaman yg dilalui oleh insan-insan akademis dalam pengajian PhD mereka..
demikian adalah catatan yang dipetik daripada buku beliau:
"Buku ‘PhD kecil tapi signifikan’ memberi beberapa pandangan tambahan terhadap pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada kajayaan menamatkan pengajian di peringkat PhD dan seterusnya memikul tanggungjawab memakai gelaran tersebut. Dari satu aspek, factor-faktor kecil yang jarang diceritakan. Namun pengalaman saya membuktikan bagaimana factor-faktor tersebut amat signifikan, membantu dan boleh dipertimbangkan oleh mereka yang bersedia untuk menghadapi cabaran PhD. Pada tahap yang terendah, saya mengharapkan buku ini sekurang-kurangnya mengisahkan beberapa pengalaman perasaan yang boleh dikongsi bersama pembaca. Tentu sekali ia boleh meringankan dan membantu laluan pengajian ke peringkat PhD. Pengalaman kecil saya dan rakan-rakan lain mungkin boleh dimanfaatkan"
"Perasaan ini sebenarnya sukar dibendung ..malah saya mula bertanya mereka yang telah berjaya, tetapi hampir tiada yang membantu. Lebih banyak yang sukar daripada yang senang. Tiada seorang pun yang saya temui berani bertegas dengan menyatakan , ‘suatu pengalaman yang menarik, anda boleh bergembira dengannya?!
Kebanyakkan atau hampir kesemuanya memberikan komen ringkas dan pendek: ‘sukar tetapi boleh berjaya’. Atau mungkinkah sengaja mereka ingin menyatakan, ‘mereka Berjaya mendapatkan sesuatu yang sukar’.
Kenapa saya mengumpulkan dan menceritakan kisah-kisah peribadi berikut kerana saya ingin menggambarkan bagaimana kehidupan akan jadi lebih ‘menarik dan bermakna’ jika kita mempunyai ramai insan yang yang menyanyangi dan memberi perhatian kepada apa yang kita lakukan. Jika itu yang kita mahukan, ‘jangan melakukan sesuatu yang kita tidak suka orang lakukan kepada kita’. Tiada siapa dapat menduga bagaimana ‘orang-orang’ di sekeliling boleh memberi bantuan bagi memastikan kejayaan dalam pengajian di peringkat PhD. Mungkin juga untuk kehidupan secara keseluruhan.
Saya sering menyangka proses pengajian di peringkat PhD adalah sebahagian daripada tahap pendidikan peringkat tinggi yang diimpikan oleh sebahagian besar daripada kita. Cuma sesuatu yang saya pelajari, PhD merupakan satu perjalanan kehidupan yang melibatkan seribu watak. Sekecil atau sejauh mana watak-watak ini membantu sangat berbeza mengikut tahap kesedaran dan telahan kita sendiri. Selalulah ‘menghormati’ dan memandang tinggi watak-watak tersebut dan mudah-mudahan laluan PhD anda dipermudahkan."
membaca buku beliau memberikan inspirasi dan hamparan semangat kepada penulis untuk bersedia menerima ombak cabaran dalam lautan pengajian PhD..
doa kalian menguatkan penulis utk menempuh pendakian pengajian PhD ini sehingga ke puncaknya..
ameen...
5 weeks ago

