Sunday, March 22, 2009

..gamitan memori bumi anbiyak Syam..


Lubuk limpahan ilmu..
Ma'ahad Abu Nur Kiftaro, Damsyik..

Ingatan saya terhadap bumi Damsyik ini sukar dipadam..
antara medan ilmu yang pernah saya jejakkan kaki di tanah barakah anbiyak ini..

hmm..demam kembali menyerang..

Membakar semula semangat saya setelah sejuk..
sibuk dengan kerja-kerja di pejabat..

Namun, kini adalah saat dan peralihan musim bagi saya memanaskan injin untuk membaca dan menjalankan kajian kritis terhadap kitab karangan Syeikh al Dimasyq,
iaitu Syeikh Abd Rahman Hasan Habannakah..

Ya Allah Bantulah hambamu untuk menadah ilmuMu..

:: Doakan saya di medan ilmu...

Thursday, March 5, 2009

Prasyarat Kejayaan..



Sesungguhnya fikrah ini mampu berjaya apabila ..

IMAN yang kuat,
KEIKHLASAN yang penuh di jalannya,
HAMASAH yang membara,
adanya PERSIAPAN yang melahirkan PENGORBANAN
AMAL yang merealisasikannya..

dengan empat tiang seri ini..

IMAN
IKHLAS
HAMASAH
AMAL

merupakan karekteristik bagi para pemuda.
..kerana dasar keimanan adalah HATI yang CERDAS,
dasar keikhlasan adalah nurani yang suci,
dasar hamasah adalah syu'ur yang kuat
dan dasar amal adalah azam yang bergelora.."

IHAB, "Risalah ilaa asy Syabab"

JIWA-JIWA HARAPAN..

"kami menginginkan jiwa-jiwa yang hidup , kuat, dan tegar.
hati-hati yang baru nan berkobar-kobar dan ruh-ruh yang memiliki thumuhat,
visi jauh ke depan yang merenungkan teladan dan tujuan-tujuan yang mulia."

risalat: "Dakwatunaa fi thaurin jadid"

ya Rasulullah..



Ya RAsulullah kami rindu padamu..

kami pohon kekuatan padamu Ya Allah
mentaati ajaran dan petunjuk Rasulmu..

Wednesday, February 25, 2009

saudara-saudara kita di PALESTIN..


smlm saya menghadiri sebuah forum yang diadakan di kolej 6, UM. kolej para bakal doktor sedang menimba ilmu..

:: Forum PALESTIN ::
bertajuk : ANTARA REALITI DAN KEBENARAN
pada : 24 feb 2009
masa : 9 malam

ahli panel dijemput khas daripada Badan Palestin HALUAN MALAYSIA
iaitu:

panel 1: Ustaz Hj. Norazman
panel 2: Ustaz Darus

alhamdulillah banyak informasi yg penting dan terkini yang diperoleh mengenai isu PALESTIN..saudara-saudara seiman kita di sana..

Sunday, February 22, 2009

Ragam keje MQF sains gunaan



Di pejabat Sains Gunaan dn Pengajian Islam..
tengah semak folder2 MQF yg bertimbun-timbun..huhu



nasib baiklah ada pembantu profesional ni..
sahabat saya hafizah..
hihi..rajin bekerja..penyabo..suke senyum
senang dibuli..heh betul ke?!
kadang-kadang saya pulak dibuli balik hoho..
macamtula adat bersahabat..

setakat ni dah siapkan 5 folder untuk 5 Program sains gunaan,
maka hanya berbaki 3 lagi untuk setiap seorang satu...


apa2 pun memang penat penangan kerja MQF ni..
training kesabaran dan ketelitian..
pengalaman mengajar erti faham dan sabar..

yuk! teruskan usaha lagi!!

Monday, February 2, 2009

:: harga sebuah perjuangan ::



“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).

Ketika berbicara mengenai pemuda kita akan mendapati banyak perkara yang menarik dan hal-hal kepemudaan khususnya dalam fasa pembinaan pemuda Islam yang iltizam dan intizam dengan gerakah dakwah dan tarbiyah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik, di antaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita menelusuri sejarah kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW diperkukuhkan oleh tangan-tangan kesatria para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah kelompok muda.

Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Ini bermakna bahawa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.

Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri.

Justeru, pemuda hari ini perlu mempersiapkan diri agar dilengkapi dengan pakej pemuda rabbaniyah. Ustaz Mustafa Masyhur berpesan :

Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal aqidah yang sebenar-benarnya. Kami mahu kamu menjadi tiang seri yang kuat lagi teguh dan tak pernah bergoyang atau runtuh. Kami mahukan kamu sebagai rijal aqidah, bukan rijal kalam(percakapan) atau rijal jidal(pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran buku sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah. Hendaklah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kaya dan tak pernah berhajat sesuatu daripada jihad kita :

"Dan sesiapa Yang berjihad (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."
(Surah Al Ankabut : 6)

Cara yang paling baik meramalkan masa depan adalah dengan menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah masa depan itu? Masa depan itu adalah seorang pemuda.

Wahai pelopor perubahan! Marilah kita menciptakan masa depan itu dengan sebuah peradaban mulia ini dengan tinta emas rabbaniyah kerana disebalik setiap revolusi, pemuda adalah jentera utamanya.

Sejarah kemudian mengajarkan kita satu kaedah bahawa risalah yang agung haruslah dibawa oleh seorang rasul yang agung; bahawa sebuah misi besar haruslah dikembangkan oleh seorang pemikir yang besar; bahawa sebuah beban amanat yang berat haruslah dipikul oleh seseorang yang kuat; bahawa sebuah pedang yang tajam hanyalah akan berguna jika ia berada dalam genggaman tangan seorang pahlawan pemberani.

Sesungguhnya, sebuah kejayaan gerakan dakwah dan tarbiyah hanya akan berhasil diwujudkan apabila kuat rasa keyakinan kepada-Nya, ikhlas dalam berjuang dijalan-Nya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkanya. Keempat karakter di atas yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang wajib dimiliki pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat dan itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.

Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharu. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji, tidak kurang tidak lebih. Beginilah seharusnya pemuda!.

Wajah dari syurga..yang dinanti



wajah indah nan suci..
bersih dari syurga..
tawamu mengubat semua lara
tangismu menjadi muzika

wajah tenang nan bahagia
jadi kegembiraan
insan di sekelilingmu




masa terus berputar...
penantian terus menguji kesabaran..
moga Allah permudahkan segalanya..

si kecil
lahirnmu dinanti-nanti..
penuh doa dan munajat
harapan dan kebahagiaan

ketahuilah
anakku
hidup kita
tidak seindah hidup di alam kekal
tidak semudah di alam sana
tidak bahagia selamanya

di sini
ladang kita berusaha
ujian untuk patuh padaNya
sedar hakikat menjadi hambaNYa
kita tidak punya pilihan..
hanya Patuh kepadaNya
hidup demiNya..

semoga Allah memberikan
kehidupan yang terbaik buatmu..
menjadi Hamba yang Taat padaNya

nukilan,
che Su

Wednesday, January 21, 2009

2009 wahai diri HEBATKAN DIRIMU..



2009 HEBATKAN DIRIMU!

1. MEMILIKI motivasi yang baik & besar dalam hidup

2. Memiliki pemikiran yang positif untuk menghadapi kehidupan

3. Dorongan yang kuat untuk mencapai cita-cita besar yang diimpikan.

4. Mengenali sifat-sifat positif untuk diasah + dikembang +dicungkil

5. Mengenali sifat-sifat yang negative - berusaha mengikisnya sehingga hilang

6. Sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik

7. Berusaha mencungkil potensi diri sehingga mencapai potensi yang luar biasa

8. Selalu mengefisyenkan diri dan berusaha mengefektifkan masa-
pengurusan masa untuk mencapai prestasi

9. Tidak mensia-siakan momentum/ kemampuan diri /peluang yang ada di sekeliling

10. Selalu berfikir dan bekerja keras untuk meningkatkan potensi diri

11. Menyedari keterbatasan, lakukan dengan cepat/segera, segala usaha untuk mencapai prestasi

12. Menyusun sistem hidup /perancangan hidup untuk melahirkan amal-amal yang unggul +manfaat

13. Jangan menyerah kepada masalah, HADAPINYA! selesaikannya dengan BIJAKSANA!


…MUNAJAT + Berdoalah Kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa atas Segala Sesuatu…

..Yang pasti memakbulkan setiap hajat hambaNya…