Thursday, September 25, 2008

Mula membaca dan merangka kajian

Alhamdulillah..hari ini diberi kekuatan daripadaNya untuk duduk membaca sebuah kitab..
kitab karya seorang ulama Syria, Syeikh Abdul Rahman Habannakah. Beliau merupakan ulama kontemperor yang banyak menghasilkan karya dalam bidang ta'ammulat dan tadabbur al Quran..

Membaca penulisan beliau menjadikan saya terasa amat teruja..mengagumi usaha dan pemikiran beliau dalam mengupas tafsiran al Quran mengikut tertib al nuzul al Quran...ini kerana bagi saya ia jarang-jarang dilakukan oleh para ulama sekarang. Ini suatu perkara yang baru saya cuba terokai.. bermula dengan pembacaan imbas yang bertujuan untuk membuat ringkasan dan rangka yang mudah untuk saya fahami bagi meneliti penulisan kitab ini..mudahnya saya melakukan review kitab untuk membincangkannya pada hari esok, jumaat dengan Prof Zulkifli..yang merupakan musyrif saya yang sangat sporting..saya sangat segani dan kagumi peribadi beliau.

Hakikatnya..saya baru sahaja ingin mengubah tajuk kajian...sabarnya ustaz Zul melayan karenah muridnya ini...moga2 Allah lembutkan hati ustaz dan beri petunjuk kepadanya untuk mencungkil segala potensi yang ada pada diri ini yang kerdil agar dapat menjalankan sebuah kajian yang benar2 bermakna dan menyumbang kepada Islam dan masyarakat....

dilema orang mengaji...

Ya Allah Kau bukakan pintu kefahaman dan kefaqihan kepada hati dan mindaku...agar aku benar2 dapat mendalami kajianku terhadap karya tafsir ini...Jika benar jodohku dengan kajian kitab ini...Kau kurniakan rezeki padaku untuk menjejakkan kaki kembali di bumi barakah Syam..aku benar2 merindui suasana ilmu di sana..

hari-hari ummi akan menelefon...esok pasti ummi telefon lagi..he3..bertanyakan anaknya ini...macamna bacaan dan kajian? ...kirah siapkan proposal (",)...

Ya Allah bantulah aku untuk menyiapkan proposal tesis kajianku..ameen

bermula dengan langkah pertama..langkah berikut akan menyusul..

No comments: