Thursday, September 25, 2008

KEMBARA ILMU DI KOTA DAMSYIK


Teman-teman seperjuangan UM di bumi Syam

KEMBARA ILMU DI BUMI SYRIA

depan rumah di Syari' Ibrahim Ruknu al Deen, Damsyik

Sudah beberapa hari kepulangan saya ke tanah air, terasa amat sukar melelapkan mata apabila menjelang malam hari. Terngiang-ngiang di telinga, suara hingar bingar para ‘mua’lim’ yang menjaja di pasar Jumu’ah, ditambah pula dengan kebiasaan bunyi hon-hon kenderaan yang bersimpang siur di lorong-lorong kecil. Begitulah suasana pasar yang amat berdekatan dengan tempat pengajian saya di Abu Nour. Setiap hari saya hanya perlu berjalan kaki dari kediaman saya yang terletak di kawasan bukit ke tempat pengajian. Sifat ramah dan mesra masyarakat Ruknu Deen begitu menarik hati saya untuk petah bertegur sapa dengan mereka dari hari ke hari. Mereka amat meraikan pelajar-pelajar luar yang datang menimba pengajian di situ. Ibarat menyambut saudara yang sudah lama kenal setiap kali bertemu dengan mereka yang pastinya tidak menjanjikan kejemuan.

Ma'ahad Lughah Syeikh Kiftaro,

Abu Nour Damsyik

Kamilah si comel... yang menceriakan kelas kami

di Ma'ahad Abu Nour

Dua bulan kehadiran saya ke Kota Damsyik di mantiqah Ruknu Deen menyimpan pelbagai rasa dan pengalaman. Kunjungan saya di bumi Syria pada ketika itu merupakan permulaan bagi musim panas. Kembara ini merupakan detik-detik manis yang tidak akan dilupakan. Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di bumi barakah ini pasti tertawan dengan suasana ilmu yang terpancar di segenap kota Damsyik yang merupakan lubuk ilmuan tempat para ulama mencurahkan mutiara-mutiara ilmu. Masjid-masjid di setiap pelusuk kota dipenuhi dengan kuliah-kuliah pengajian yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ kibar dalam pelbagai bidang. Setiap masa rumah-rumah Allah diimarahkan dengan manusia dan barakah-Nya sentiasa memayungi penghuninya.


dalam perjalanan untuk bertalaqi kuliah Dr. Wahbah al Zuhaily
di Jami' Kuweiti.

Selepas selesai menduduki peperiksaan akhir semester di UM, saya bersama rakan-rakan seramai 19 orang berlepas dari KLIA pada tarikh 18 Mei 2008 menuju ke Sana’a, Yaman yang merupakan tempat transit kami selama sehari sebelum bertolak ke Damsyik. Itulah pertama kali saya merasai perjalanan ke luar negara. Setelah melalui usaha yang gigih dan menghadapi pelbagai cabaran, projek Kursus Intensif Bahasa Arab 08 (KIBA’08) di bawah anjuran Jabatan Al Quran & Al Hadith berjaya direalisasikan dengan rezeki dari keizinan-Nya. Atas rahmat dan kasih sayang-Nya yang mengabulkan impian kami untuk sampai di bumi Syria tempat barakah yang penuh lakaran sejarah.


Bumi Syam..tanah berkah yang pasti berbekas kpd hati yang menjejak kaki di sna..

1 comment:

admin2 said...

salam...

anan adilah.

ana berhajat nak blajar lughah di syria pada bulan jun nih...nak tanya beberapa soalan tentang keadaan di sana...boleh? harap boleh email ana..hiii...

jzkk